Students life!

(source: Pinterest)
Assalamualaikum and hi!

Ni first post untuk 2016 kan lol. Maaf kalau tak banyak post untuk tahun lepas dan tahun ni sebab tahun ni dah spm t.t Aku ada tengok 'students life' dekat Korea macam mana dan aku cuba bandingkan dengan 'students life' dekat Malaysia. Memang jauh beza. Ada lah timbul sikit rasa kesian dekat diorang sebab belajar sampai ke pagi lepastu tidur cuma 2-3 jam je. Dekat Malaysia tidur 24 jam pun dalam kelas bukannya nak fokus lol (my opinion).

Dekat Malaysia ni ada macam-macam sekolah tapi yang common pun cuma sekolah harian, international school, sekolah asrama penuh dan sekolah agama. Aku cerita ni pasal sekolah aku je eh. Sekolah lain aku tak pasti sistem dia macam mana. Sekolah aku mula pukul 7.30a.m sampai 2.30p.m untuk hari Isnin, Selasa dan Khamis. Hari Rabu pagi, ada kokurikulum so balik pukul 3.50p.m. Hari Jumaat pula balik pukul 12.20p.m sebab yang lelaki kena pergi solat Jumaat waktu zohor.

(source: Pinterest)
Untuk budak Form 3 (15y/o) dan Form 5 (17y/o), selalunya kena stayback lepas sekolah untuk kelas tambahan. Hari Sabtu pun kadang-kadang ada kelas tambahan tapi selalunya cikgu-cikgu akan utamakan pelajar Form 5 sebab nak spm kan. Ada juga yang pergi tuition untuk every subject tapi aku pergi untuk Maths & Add Maths je sebab untuk subjek lain tu aku rasa aku boleh belajar sendiri dekat rumah lol. Oh ye, dekat sekolah aku ada lebih kurang 4 subjek sehari dan 1 masa untuk setiap subjek duration dia 40 minit. Subjek aku mostly ada 2 masa so kena belajar 1 subjek selama 1 jam 20 minit. Tak lama pun. Kau buat kerja, tengok-tengok dah tinggal lagi 10 minit haha!

Nanti-nanti aku post pasal skincare pulak (tak janji hahah). Ok. Bye.

Happy New Year!

-o-

Addicted

Assalamualaikum and hi!

[childish post]

Cuti sekolah dah start tapi aku mereput duduk rumah :( kau faham tak feeling nak keluar rumah pergi jalan-jalan tapi 'pama' kau tak bagi. rutin harian aku, tidur, makan, solat, tengok phone, tengok phone, tengok phone, tengok phone (ulang 1000x okay!). aku ingatlah jugak apa pengetua pesan sebelum habis sekolah ritu "cuti ni baca buku untuk tahun depan, buat latihan 6 JAM sehari (yg ni saya tak setuju tau pengetua)". Lepastu adalah beliau bebel lagi apatah tak ingat. balik rumah, aku baring atas katil tengok phone, bukak youtube. tahu tak apa misi aku waktu cuti ni? nak baca buku untuk tahun depan so nanti bila cikgu tanya siapa ada baca, aku angkatlah tangan. acah-acah riak tapi tak pun. sebab apa? sebab aku memang takkan baca :') keh keh.

then haritu aku scroll punya scroll dekat youtube ni, aku jumpa dia ni punya video aku tak ingat yang mana tapi dia ada recommend 1 game ni. nama dia LINE PLAY: Your Avatar World. aku memula macam malas nak download sebab memory dia banyak kottt?! Tapi lepas aku asyik hadap whatsapp, aku rasa nak download pulak. Muak kot setiap masa tengok whatsapp je :') lepas dah tunggu dia habis download and loading, aku pun try lah main. seghonok gila kot?! Ke aku je yang rasa game ni best sebab aku ajak kawan aku main then dia kata game ni bosan :( tapi aku still go on dengan game ni haha!

Kau boleh create avatar tu ikut appearence kau tapi ofcourse lah aku tak buat camtu . Heh.

Pastu boleh decorate bilik sendiri. Ni yang paling aku suka sebenarnya ;)

Ada game dalam game!

Bila main game ni, aku jeles betul dengan orang yang ada bilik lawa ni :( Aku baru nak acah-acah buat bilik jadi semua putih last-last jadi warna pelangi. Tapi aku recommend lah game ni kalau kau seorang yang bosan macam aku ni. Pastu boleh cari pakwe kawan jugak sebab ramai foreigner main game ni. Sorry for this boring and childish post haha! Bye.

-o-