Addicted

Assalamualaikum and hi!

[childish post]

Cuti sekolah dah start tapi aku mereput duduk rumah :( kau faham tak feeling nak keluar rumah pergi jalan-jalan tapi 'pama' kau tak bagi. rutin harian aku, tidur, makan, solat, tengok phone, tengok phone, tengok phone, tengok phone (ulang 1000x okay!). aku ingatlah jugak apa pengetua pesan sebelum habis sekolah ritu "cuti ni baca buku untuk tahun depan, buat latihan 6 JAM sehari (yg ni saya tak setuju tau pengetua)". Lepastu adalah beliau bebel lagi apatah tak ingat. balik rumah, aku baring atas katil tengok phone, bukak youtube. tahu tak apa misi aku waktu cuti ni? nak baca buku untuk tahun depan so nanti bila cikgu tanya siapa ada baca, aku angkatlah tangan. acah-acah riak tapi tak pun. sebab apa? sebab aku memang takkan baca :') keh keh.

then haritu aku scroll punya scroll dekat youtube ni, aku jumpa dia ni punya video aku tak ingat yang mana tapi dia ada recommend 1 game ni. nama dia LINE PLAY: Your Avatar World. aku memula macam malas nak download sebab memory dia banyak kottt?! Tapi lepas aku asyik hadap whatsapp, aku rasa nak download pulak. Muak kot setiap masa tengok whatsapp je :') lepas dah tunggu dia habis download and loading, aku pun try lah main. seghonok gila kot?! Ke aku je yang rasa game ni best sebab aku ajak kawan aku main then dia kata game ni bosan :( tapi aku still go on dengan game ni haha!

Kau boleh create avatar tu ikut appearence kau tapi ofcourse lah aku tak buat camtu . Heh.

Pastu boleh decorate bilik sendiri. Ni yang paling aku suka sebenarnya ;)

Ada game dalam game!

Bila main game ni, aku jeles betul dengan orang yang ada bilik lawa ni :( Aku baru nak acah-acah buat bilik jadi semua putih last-last jadi warna pelangi. Tapi aku recommend lah game ni kalau kau seorang yang bosan macam aku ni. Pastu boleh cari pakwe kawan jugak sebab ramai foreigner main game ni. Sorry for this boring and childish post haha! Bye.

-o-

Review: Mereka by Ariff Adly

 

Assalamualaikum and hi!

I finished my final exam gais! So aku rasa freedom nak buat apa pun. Hangout, read books, main phone, lepak, tidur, makan, pergi toilet, party dalam bilik, etc. But I decided to read some books yang tertangguh due to the exam. Boleh gila ok nak pilih buku mana nak baca dulu. Anyways, my friends and I, 3 people to be exact, share duit and beli 3 buku fixi {Mereka, Kampung and Patung}. Supposed aku yang baca Kampung tu dulu tapi since my friend dah habis baca Mereka, she gave me the book, betul-betul last day exam kot! Of course lah kena rembat dulu sebelum orang lain yang rembat ;) Ok, dah malas nak tulis bebanyak. Baca sinopsis buku dekat bawah ok.

SINOPSIS
“Ada orang kat dalam ke?” teriakku, sambil mengetuk pintu tandas. 
Bulu roma aku tiba-tiba berdiri. Aku mula berganjak ke belakang. Mungkin aku silap dengar. 
Tiba-tiba satu suara tangisan masuk ke dalam telinga. Aku kembali merapatkan diri pada pintu tandas, dan mengetuknya. “Ada orang kat dalam ke?”
Suara tangisan itu masih ada. Aku menarik nafas dalam-dalam, dan menolak perlahan-lahan pintu tadi.
“Cik, saya nak masuk ni. Cik okay ke?” 
Tangisan tadi datangnya dari kubikel keempat yang letaknya di hujung. Setibanya aku di hadapan pintu keempat, tangisan itu berhenti. 
“Cik? Cik okay ke? Tempat ni dah nak tutup dah. Apa kata…” 
“Hik!” Selepas beberapa ketika, suara tangisan itu diganti dengan suara baru. “Hik. Hik. Hihihihi! Hik!” 
Ah, ni sial.


REVIEW
Siapa tak kenal ariff adly kan? i don't know macam mana dia boleh buat cerita yang buat orang curious and never get boring. Other books yang dia tulis 'Gelap' dan 'Kacau'. Sumpah 'Kacau' lah yang paling scary buat masa ni. Tapi aku nak review pasal buku baru Ariff ni 'Mereka'. For now, buku-buku Ariff Adly ni genre dia seram je. Mana tahu next dia keluarkan buku genre romantik pulak.

For those yang tahap curiousity dia tinggi, boleh beli buku ni dan InshaAllah, tak sampai sehari dah boleh habis haha! Cerita dia lebih kepada friendship dan macam mana kawan diorang ni tikam belakang diorang dan bawa diorang ni masuk dalam dunia yang kita sendiri tak tau wujud atau tak. 

Nak tahu diorang ni dapat keluar atau tak daripada dunia tu, kenalah baca sendiri. Tak boleh spoil everything dekat sini. After all, buku ni memang best dan menarik. Tak rugi beli dan tak rugi baca. Harga pun berpatutan which is RM19.90 sahaja! Boleh beli dekat Kedai Fixi, MPH atau mana-mana kedai buku yang ada jual Fixi atau beli online dekat Fixi.

Adios.

-o-