Students life!

(source: Pinterest)
Assalamualaikum and hi!

Ni first post untuk 2016 kan lol. Maaf kalau tak banyak post untuk tahun lepas dan tahun ni sebab tahun ni dah spm t.t Aku ada tengok 'students life' dekat Korea macam mana dan aku cuba bandingkan dengan 'students life' dekat Malaysia. Memang jauh beza. Ada lah timbul sikit rasa kesian dekat diorang sebab belajar sampai ke pagi lepastu tidur cuma 2-3 jam je. Dekat Malaysia tidur 24 jam pun dalam kelas bukannya nak fokus lol (my opinion).

Dekat Malaysia ni ada macam-macam sekolah tapi yang common pun cuma sekolah harian, international school, sekolah asrama penuh dan sekolah agama. Aku cerita ni pasal sekolah aku je eh. Sekolah lain aku tak pasti sistem dia macam mana. Sekolah aku mula pukul 7.30a.m sampai 2.30p.m untuk hari Isnin, Selasa dan Khamis. Hari Rabu pagi, ada kokurikulum so balik pukul 3.50p.m. Hari Jumaat pula balik pukul 12.20p.m sebab yang lelaki kena pergi solat Jumaat waktu zohor.

(source: Pinterest)
Untuk budak Form 3 (15y/o) dan Form 5 (17y/o), selalunya kena stayback lepas sekolah untuk kelas tambahan. Hari Sabtu pun kadang-kadang ada kelas tambahan tapi selalunya cikgu-cikgu akan utamakan pelajar Form 5 sebab nak spm kan. Ada juga yang pergi tuition untuk every subject tapi aku pergi untuk Maths & Add Maths je sebab untuk subjek lain tu aku rasa aku boleh belajar sendiri dekat rumah lol. Oh ye, dekat sekolah aku ada lebih kurang 4 subjek sehari dan 1 masa untuk setiap subjek duration dia 40 minit. Subjek aku mostly ada 2 masa so kena belajar 1 subjek selama 1 jam 20 minit. Tak lama pun. Kau buat kerja, tengok-tengok dah tinggal lagi 10 minit haha!

Nanti-nanti aku post pasal skincare pulak (tak janji hahah). Ok. Bye.

Happy New Year!

-o-